Kerjaya Jang Won-young

2018–sekarang: Produce 48, Iz*One dan Ive

Rencana–rencana utama: Produce 48 dan Iz*One
Jang pada Oktober 2018

Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2018, Jang mewakili Starship Entertainment bersama An Yu-jin dan Cho Ka-hyeon dalam rancangan televisyen realiti survival kumpulan gadis iaitu Produce 48 . Dia akhirnya menduduki tempat pertama dan memulakan kerjaya dengan Iz*One . [5] [6]

Album mini (EP) Korea sulung Iz*One Color*Iz telah dikeluarkan pada 29 Oktober 2018, di bawah label Off the Record, dengan "La Vie en Rose" sebagai single utamanya. [7] Kedua-dua EP dan single utama Iz*one menerima kejayaan komersial serta-merta, membolehkan kumpulan itu menerima anugerah New Artist of the Year di beberapa majlis anugerah, termasuk Golden Disc Awards dan Seoul Music Awards. [8] Single pertama Jepun kumpulan itu, "Suki to Iwasetai", telah dikeluarkan pada 6 Februari 2019, di bawah label EMI Records milik syarikat UMG. [9] Menerusi promosi debut Jepun kumpulan itu, Jang dipilih bersama ahli Jepun Sakura Miyawaki untuk menyertai persembahan kolaborasi antara Nogizaka46, Keyakizaka46 dan AKB48 di FNS Music Festival. [10]

Pada permulaan bulan September tahun 2019, Jang dipilih untuk menyertai pertunjukan fesyen Tokyo Girls Collection ke-29 Musim Gugur/Musim Sejuk 2019 yang diadakan di Saitama Super Arena, menandakan penampilan sulungnya di atas "runway" fesyen. [11] Dia muncul semula, pada tahun yang sama, di atas "runway" untuk Tokyo Girls Collection ke-29 Musim Gugur/Musim Sejuk 2019 yang diadakan di Kitakyushu . [12] Selepas pembubaran Iz*One pada 29 April 2021, Jang kembali menjadi pelatih di bawah Starship Entertainment bersama rakan sekumpulan dan rakan syarikat Yujin.

Pada September 2021, Jang diumumkan sebagai hos baharu untuk Music Bank bersama Sunghoon dari kumpulan Enhypen . [13] Dia juga dipilih sebagai hos untuk Asia Artist Awards 2021 pada 2 Disember bersama Leeteuk . [14] Pada 4 November 2021, Starship Entertainment mendedahkan Jang sebagai salah seorang daripada enam ahli dalam kumpulan gadis baharu mereka Ive . [15] [16]

Pada 1 Disember 2021, Ive mengeluarkan single sulung mereka, Eleven, yang mengandungi lagu single dengan nama yang sama. [17] Pada 5 April 2022, Ive mengeluarkan single ke-2 mereka, Love Dive yang turut mengandungi lagu single Royal. [18]

Rujukan

WikiPedia: Jang Won-young http://m.anewsa.com/article_sub3.php?number=257794... http://enews.imbc.com/News/RetrieveNewsInfo/253036 http://isplus.live.joins.com/news/article/article.... http://apnews.kr/View.aspx?No=1982415 http://www.apparelnews.co.kr/news/news_view/?idx=1... http://www.kihoilbo.co.kr/news/articleView.html?id... http://mosen.mt.co.kr/article/G1110979634 http://mosen.mt.co.kr/article/G1111625652 http://m.stardailynews.co.kr/news/articleView.html... http://www.topdaily.kr/news/articleView.html?idxno...